Brunei Time
Friday, January 29, 2010
Uji Pandu KFA
23hb Januari 2010 (Sabtu)
Jam lebih kurang 6.45 Petang di Penurunan Perahu Kg.Pengkalan Sibabu, Penulis bersama beberapa orang rakan ingin mencuba uji pandu KFA boat. Secara kebetulan pada masa yang sama, beberapa orang lagi rakan-rakan kami bersama Krikan Shimano yang masih di dalam perjalanan. menuju kepenurunan perahu kg. Pengkalan Sibabau hendak mencuba memancing di satu lagi raba miliknya yang baru saja dibinanya selang beberapa hari sebelum ini. Selang beberapa minit, Krikan Shimano pun tiba dan kami menurunkan kedua-dua buah perahu NSZ boat-1 dan KFA. Ini adalah pengalaman pertama penulis mengemudi sebuah boat secara sepenuh masa dan berbekalkan tunjuk ajar yang diperolehi dari Krikan Shimano yang dulunya sering memberikan peluang kepada penulis mengemudi boatnya yang berukuran 17 kaki hingga ke 23 kaki panjang. Walaupun begitu, masih banyak perkara yang harus dipelajari dan di ingati dalam mengemudi sesebuah perahu.
'Nyaman makannya orang belurih barah-barahan atu ehy'
'Hilang kosentrasi memancing ku, sibuk me wiring spot light
yang terdapat pada KFA boat'
'hampir dua tahun tidak memancing, kini muncul kembali
bersama NSZ'
Kembali Di Penurunan Perahu
Kg.Pengkalan SiBabau
Dodo dengan Ikan Sulit Merah
dan Ikan Barah-Barahan
Hasnol
'Rezeki bergandanya.. buat-buat menunggu menaikan
perahu, memancing dikawasan penurunan perahu ani
pun ia belurih ikan Barah-barahan (Langisi)'
'Dodo pun belurih ikan tia jua..?? bagus ikan
dikawasan penurunan perahu pengkalan si babau ani..'
Perjalanan Pulang Di
High Way Kg.Salambigar
'Ani kami lepak-lepak menantikan kedatangan krikan shimano,
bahagian hub trailer sebelah kanan buat hal lah pula...'
'Tunggu punya tunggu krikan shimano udah sampai.,
menantikan rakan balik kerumah ambil tools dan spare part lah lagi.. hehe
santai... bukan selalu dapat santai siring jeraya ani...'
'ahh....udah beris semuanya..., sekarang bolih pulang rumah
cuci trailer dan perahu..., mana-mana yang kurang harus diperbaiki dong'
Terima kasih buat rakan-rakan yang membantu iaitu.
Krikan Shimano, Sarul, Dodo, Hasnol, Awg.Rosli, Pg.Omar, Bob, Mamat
dan Manyong10lbs.
Hasil Titik Peluh Sendiri
Besi Sauh, Batu Konkrate, Batang Buloh
Diantara peralatan dalam membuat Raba Sendiri
20hb Januari 2010
Untuk membina Raba 'takat tiruan', bukan lah sesuatu perkara yang mudah. Perkerjaan membuat besi sauh dari besi-besi yang terbuang untuk ditengelamkan bersama-sama beberapa batang buloh yang diambil dari hutan dan beberapa batu konkrate yang dibuat daripada simen, batu dan pasir memerlukan belanjawan yang tinggi dan menggunakan banyak tenaga. Membeli peralatan welding, chain saw, mesin pemotong besi, tali dan banyak lagi. Inilah usaha keras salah seorang ahli NSZ dalam keinginannya untuk membina raba 'takat tiruan' miliknya sendiri.
Besi Sauh dari lebihan besi-besi yang tidak
digunakan lagi.
Batu/simen yang akan ditenggelamkan
bersama beberapa batang buloh
Beberapa batang buloh yang telah di potong
potong bagi menambah raba yang telah sedia ada.
Bubu Ikan yang belum siap sepenuhnya
Semoga Di Murahkan Rezeki Di kemudian Hari Amin..
Sekian, Wassalam.
Read more...
Labels:
Informasi
Thursday, January 28, 2010
Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-Senang Kemudian
Berakit-Rakit Dahulu, Berenang-Renang Ke Tepian
Bersakit-Sakit Dahulu, Bersenang-Senang Kemudian.
18hb Januari 2010 Isnin (malam)
Terkandas seketika, apabila tayar trailer yang ditunda salah seorang ahli NSZ, Krikan Shimano mengalami sedikit kerosakan dijalan muara. Krikan shimano yang diketika itu hendak turun kelaut untuk menambah raba bulohnya 'Rakit Tinggalam' yang telah sedia ada. Beberapa orang ahli serta rakan-rakan NSZ sedia membantu dan kerosakan yang dialami dibahagian trailernya dapat dibaik pulih. Hajat akhirnya kesampaian. Krikan Shimano bersama beberapa orang rakan meneruskan perjalanan untuk menuju dan menenggelamkan beberapa batang buloh yang telah sedia diikat.
USAHA YANG GIGIH
INSYAALLAH AKAN MENDAPAT IMBALAN DIKEMUDIAN HARI.
Labels:
Informasi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pesanan Dari Kami
"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"