Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Saturday, March 14, 2009

Udang Galah Tutong

Udang Galah
Perairan Daerah Tutong
Khamis 12.03.2009 @08.30 Malam.

1st catch 'udang galah' kali ah..
Bah Bismillah..., Dang Anumm!! makan cia..!!

'Belurih..ku jua..
makai lima tahanan kali ku ah....'

Ironsilk: emmm...!! ia cia ganya belurih..
apa bacaannya kan si awang bulat ani..??
Wang Bulat: Liat tahan wah.., mana kian luan dikao atu..
inda merait cia ganya.., inda becigu dibawah atu wah..



Rambat Daiwa: Luan kan jarang nampak wah aku ani., ani cia..
control berabis ku
sama si kerikan shimano ah..
Krikan Shimano: Nampak Baju ku kah?? Mana cia Dang Anum ani??


Wang Bulat dengan 5 ekor udang galah
hasil pancingan beliau

Krikan Shimano: Belawanan ni sama si awang bulat ah
wali tabia..ahh.. 3-3 ni...

Tangkapan pertama
diam-diam berisi.. paling heng disaat saat akhir..
pebelasan ekor ulihnya ni..

Ironsilk: kalau ada rezeki Allah belurih tah ku ni..
waaasehhh....!! Dang Anum.. banar tah nya si kerikan shimano
baca bismillah dah tu dang anum ja.., umban cia..umpan ah...

Sauh bah.., yang ke 4 cia..ni..


Rambat Daiwa dengan udang galah sauh..

Rambat Daiwa: Tolong dih siapa2 tahu lauk
apa kan ni????


Penulis: Ini adalah kali pertama NSZ bertukar selera untuk memancing udang galah diperairan Sungai Daerah Tutong, 'fist time turun ani macam-macam lah kekurangan.., dari segi pengalaman dan peralatan' tapi baik jua ada encik mail, serba sedikit bulih jua menimba ilmu darinya.. Aktiviti memancing udang galah pada malam itu tidaklah menghampakan, dengan berumpankan udang dan jantong ayam, pada keseluruhannya kami memperolehi 30 ekor udang galah yang sederhana besarnya. 5 daripadanya udang galah "sauh" 'yang sapitnya basar.. kan bekapang cia lagi..' Selain Udang , ikan belida putih dewasa pun tidak kepunan memakan umpan kami.., namun tangsi 8lbs tidak cukup untuk menahan tekanan tarikannya.., 'kira bulih tahan jua si kerikan shimano atu' menawan seketika belida putih yang membuatkan kami sempat melihatkan kelibatnya diair sebelum sempat melepaskan diri dari tangkapan kami. Trip pada keseluruhanya menyeronokan dan trip kedua pada malam jumaat depan.. insyaallah.. wassalam.

Wahai dang anum cantik jelita.,
Makan lah dikau sambil ketawa..,
Biar merait sampai kemata..,
Agar kami tidak kecewa.

Read more...

Friday, March 13, 2009

Sembilang Lagiii..

Ikan Sembilang
Pantai Serasa (Unggah Garden)
Khamis 12.03.09 @ 05.30 Ptg.

Ikan sembilang berat
kurang dari 500g.
Rod: Shakespeare Sigma
Spool:Shakespeare Dimension
Line: Berkley Big Game 20lbs
Umpan: Kembura Bekarat

Lokasi memancing: Pantai Serasa 'Unggah Garden'
Keadaan air: Bergerak pasang.


Bawang putih dan bawang merah,

Mari mendekat kepada ayah,
Eting sembilang membawa padah,
Bisanya masuk kedalam darah.
--------------------------------


Ruangan Mari Belajar Memasak
(untuk pemacing-pemacing lelaki sahaja)
'Taunya cuma tangkap ikan, tapi masak engak bisa'


RESEPI SEMBILANG BAKAR
MASAK LEMAK CILI API

Gambar-http://hani81.fotopages.com

Langkah Pertama:

1. Ikan sembilang yang telah disiang dan dibersihkan hendaklah dicuci sekali lagi dengan air asam jawa, bagi menghilangkan bau-bauan dan lendirnya.

2. Lulur/ Sapukan campuran serbuk kunyit yang bercampur sedikit minyak dan garam secukup rasa. Sekiranya hendak lebih pedas, campurkan cili padi tumbuk.

3. Setelah selesai, ikan sembilang tadi bolehlah dipanggang sehingga kulitnya kelihatan sedikit hangus.

4. Selesai dipanggang, ikan dipotong kecil-kecil agar mudah dimasukkan dalam kuali dan bila dimasak nanti rasa lemaknya cepat masuk kedalam isi ikan.

Langkah Kedua:

1. Sediakan bahan-bahan seperti 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 2 inci perambut berkely 20lbs ahh.., <-- "jgn di ikut ni..," sedia kan 2 inci halia bah.., 5 inci kunyit, garam secukup rasa, lada padi secukup rasa, cili putih 14 biji, bunga cengkih 3 ketul, seketul kayu manis dan sepotong serai serta air santan (sebiji kelapa).

2. Semua bahan tersebut hendaklah dikisar kecuali cengkih, kayu manis, serai dan air santan.

3. Tumislah bahan yang telah dikisar sehingga menggeluarkan bau wangi. Masukkanlah bunga cengkih dan kayu playwood.. hehehe :) "kayu manis wah ehyy.." diikuti sembilang yang telah dipotong kecil-kecil tadi. Selepas seminit digaul atau 'di uwar-uwar nya orang kitani' sehingga sebati, masukkanlah santan kelapa (santan piasau).

4. Rebuslah ikan sembilang tersebut sehingga air santan mendidih. Kalaukan makan, lebih sedap semasa ia panas panas suam.

Wassalam. Selamat mencuba... :)



Read more...

Wednesday, March 11, 2009

Tiga Bulan Menantikan Mu

Ungah & Sembilang
Pantai Serasa (Ungah Garden)
11.03.2009 @ 05.45 Ptg.

Ikan Ungah
yang beratnya kira-kira 1/2 kilo

Ikan Sembilang


Penulis: Rabu, 11.03.09 jam 5.45 ptg, seperti biasa di perairan pantai serasa (ungah garden) dengan menggunakan 'ambur' dan berumpankan kembura, kira-kira 15minit melabuh umpan pertama, kerikan ditarik perlahan, mulanya disangka ketam, "fuhhhh.. katam lagiii..,dibintur inda ia ada" (bercakap dalam hati) , " ehyy..tapi inda jua, kuat tariknya ani" selang beberapa saat kelihatan ciri-ciri nanagan ikan ungah.., "wahh ungah..." ikan yang dinanti 3 bulan lamanya akhirnya diperolehi jua.

"Angin kencang menghembus di pipi,
Hujan menitis membasahi bumi,
Tiga bulan lamanya ku menanti,
Kini unggah belurih ku lagi.."


Hasil tangkapan kedua: Seekor ikan sembilang, kira-kira 7lalu malam, keadaan cuaca hujan dan berangin, juga dengan menggunakan umpan kembura yang dikerat dua.

"Badan licin laksana belut,
Dipegang awas terkena sengat,
Ditarik kekiri kekanan pun ia ikut,
Rupanya sembilang pula yang tersangkut."

--------------------------------------------------------------------------

Hasil Tangkapan sebelumnnya
Ikan Sembilang & Ikan Umpak

Ikan Sembilang


Ikan Umpak


Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP