Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Wednesday, December 16, 2009

NSZ Di Cabaran Pancing 2009

Cabaran Pancing 2009
Anjuran Jabatan Perikanan Negara Brunei Darussalam (JPI)
dan Capt.Fred Fishing
13hb Disember 2009 (Ahad) Jam 08.00 Pagi - 02.00 Ptg
Bertempat: Pantai Tungku

Selamat Datang Ke Cabaran Pancing 2009 anjuran Jabatan Perikanan Negara Brunei Darussalam & Capt.Fred Fishing yang telah pun di adakan pada hari ahad 13hb Disember 2009 bertempat Peranginan Pantai Tungku Daerah Brunei Dan Muara.


Pintu gerbang cabaran pancing 2009 dan pintu masuk pengunjung
di kawasan pameran dan pertandingan
 
Seawal jam 07.00 pagi, di bahagian pendaftaran
bagi para perserta cabaran pancing 2009
 
  Bob dan Mamat sedang melihat ikan keli
tempatan (ikan air tawar)
 

Seawal Jam 08.00 pagi, bunyi horn menandakan
cabaran pancing 2009 pun bermula.

Gambar kenangan ahli, sanak-saudara dan
rakan-rakan NSZ di Cabaran Pancing 2009
 
Krikan Shimano & Killer Spin
  

 
 Krikan Shimano & Hasnol masih dalam penantian
umpan dimakan ikan.
 
Imbran, Bob, Mamat, Mamolapenga & Rambat Daiwa
'Terima Kasih Kepada Rambat Daiwa, Nasi yang
dibawa BEST lah...'
 
'lapar ku yo...luan lama menunggu lauk makan kail ku..'
 

 
Anglerbook & Manyong10lbs
 
 'Wahhh...nie..baru ia cool bro anglerbook ani,
cukup dengan masakan yang menyelerakan dan buku resepinya lagi'
alum susah hati.... stay cool bro.. kalau dapat lauk tarus dimasak tue.. hehe
  
 Rakan-rakan NSZ...., Rezuan Team
'nanti tani memancing bersama lagi yoo...'

Selain pertandingan memancing, terdapat berbagai-bagai acara tambahan atau acara sampingan telah pun diadakan pada hari itu. Diantara acara-acara sampingan adalah seperti meletupkan bilon 'menabak bilon', meneka berat 3 ekor ikan selungsong di dalam akuarium, meneka jumlah mata kail, kulit kupang, batu pukat, gula-gula yang tersimpan di dalam botol. Acara bowling mengunakan buah kelapa 'piasau', mengkutip ikan pelastik dengan menutup mata. Memancing ikan dalam kolam dan banyak lagi acara-acara sampingan yang pastinya menyeronokan para pengunjung.

 

 

 

 

  

 
Para Perserta Cabaran Pancing beratur bagi acara mengcasting
'siapa paling dekat umbanannya pada target, pastinya akan membawa
pulang TV LCD 32inci... woowww bestnya..'
  

 
Krikan Shimano & Ironsilk versi perempuan
sedang memerhatikan mata kail dan gula-gula bagi acara meneka
jumlah mata kail dan gula-gula yang terdapat di dalam botol.
'baik teka 604 krikan shimano... hehehehe.. tuhh gula-gula tu 80 biji kali tu.. hehehe'
   
 
 


  


 Penulis bersama pemancing dari United Stated Mr. Mark 

Memancing sambil beriadah bersama keluarga ahli NSZ
Mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama kami.
  

 

 

  
 
  

 

 
Sayangku Faresya bersama bondanya
 



 

 

 

 

 



  



 
 'mari ku bawa adinda ku bersiar-siar dengan kuda, itu pun
kalau kuda ini setuju., jika tidak..kuda akan berhenti..aku terpaksa
memanggil penjaga kuda untuk paksa kuda ini setuju..'
 
Krikan Shimano dengan nyanyian nya..kuda hitam.
'Kuda...hitamm..aduhh..kuda hitam..lari kencang aduhh..
merbahaya..., kalau lah naik kuda hitam lari kencang nafas pun panjang,
kalau lah punya pacar hitam.. tuutt..'
Rakan NSZ Mat.Saini SW Anglers


 

 

 

 
 Adik Nabil (Krikan Shimano)
Berjaya di tempat kedua bagi acara sampingan meletupkan ballon.
Tahniah kepada alai Nabil...dari uncle-uncle & auntie-auntie NSZ..

Ehemmmm!!!!.. 604 bang..!!bang abang!!! 604 lahhh..!!
Ironsilk say: 604..!! 604..apakannn!! simpang rumah kitani 701 jua???
Ohhh...rupanya.... Mata Kail... hehehe...
Syukur alhamdullilah... berolehi jua penulis dalam acara sampingan
meneka jumlah mata kail. thank q thankq..
 
Pemenang Pertama (Perseorangan)
Awg.Jamaluddin Bagi ketegori ikan yang awal-awal diperolehi
dan ikan yang paling berat. Memancing di Zon B. Beliau telah berjaya menaikan
Ikan Kerapu yang beratnya hampir satu kilo. Tahniah-tahniah
 
Pemenang bagi melontar casting
Kami mengucapkan Tahniah Kepada Para Pemenang Di Cabaran Pancing 2009.
Semoga Biskita Sukses Selalu. Okey.........
  
Sebelum orang terima hadiah., kami lah yang menjadi pemenangnya..
hehehe.., mahal-mahal hadiah nya yOooo.. best...!!!!
 
 
Mamolapenga, Hasnol, Krikan Shimano, Imbran, Bob, Mamat
Ironsilk, Aisah & Dayat.
Pemutus Asa, Mr. So What, Rambat Daiwa, Killer Spin & Ratio13
 

 UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH DARI KAMI NSZ
KEPADA JABATAN PERIKANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
DAN CAPT.FRED FISHING KERANA DENGAN JAYANYA
MENGANJURKAN CABARAN PANCING BAGI TAHUN 2009


Berita dipetik dari MEDIA PERMATA 14hb Disember 2009




BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Mohd Jamaluddin Abdullah membawa pulang trofi serta hadiah bernilai $385 termasuk wang tunai setelah beliau berjaya menangkap ikan Kerapu seberat 0.97 kilogram kira-kira 35 minit setelah Cabaran Pancing dimulakan, dalam kategori menangkap ikan terpantas.
Beliau juga mendapat tempat pertama bagi Kategori Perseorangan dengan membawa balik hadiah bernilai $1,050 berserta Trofi manakala Pengiran Mohd Rizal Pengiran Osman dan Md Shamjul Nijam masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga dengan memenangi hadiah bernilai $572 dan $405 termasuk wang tunai dan Trofi.
Sementara dalam kategori berkumpulan pula Kumpulan Sambaran yang menangkap ikan seberat 2.5 kilogram berjaya mendapat tempat pertama, dengan membawa pulang hadiah bernilai $855 termasuk wang tunai serta trofi diikuti Kumpulan Rimba Villa I di tempat kedua dan Kumpulan Rimba Villa II di tempat ketiga yang masing-masing membawa pulang hadiah bernilai $514 dan $343 termasuk wang tunai berserta Trofi.Bagaimanapun bagi kategori melempar pancing dengan tepat tidak dimenangi mana-mana kumpulan yang bertanding.
Jabatan Perikanan bersama Syarikat Capt Fred Fishing dan Marine Supply selaku syarikat yang membekalkan alat menangkap ikan menganjurkan Cabaran Pancing 2009 yang berlangsung di Pantai Tungku, Gadong, di sini, hari ini.Perlawanan yang bermula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 2.30 petang itu bertujuan mempromosikan dan menggalakkan aktiviti riadah sukan. Selain itu cabaran pancing itu juga berpotensi untuk memajukan ekopelancongan perikanan yang boleh menyumbang kepada ekonomi negara dan sekali gus mengeratkan hubungan antara peserta dan peminat pancing di negara ini.
Cabaran Pancing tahun ini diadakan sebagai susulan kepada kejayaan pertandingan sukan memancing yang pernah diadakan oleh Jabatan Perikanan di keempat-empat daerah sejak 2001 iaitu bersempena Tahun Melawat Brunei 2001. Kira-kira 240 penyertaan daripada pelbagai pihak turut serta dalam cabaran pancing kali ke lapan tahun ini dan kali ketiga dianjurkan bersama Capt Fred Fishing dan Marine Supply. Acara hari ini dirasmikan oleh Pengarah Perikanan, Dayang Hajah Hasnah binti Ibrahim.
Sebanyak empat kategori dibukakan dalam Cabaran Pancing 2009 itu iaitu Kategori Berkumpulan, Kategori memancing bagi masa yang terpantas, Kategori Perseorangan dan Kategori melempar pancing dengan tepat.
Majlis penutup yang disempurnakan oleh Menteri Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya Haji Bakar yang juga menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Di samping cabaran memancing beberapa aktiviti seperti jualan produk perikanan dan acara sampingan untuk disertai oleh orang ramai dalam semua peringkat umur juga disediakan bagi memeriahkan lagi Cabaran Pancing pada tahun ini. Antara aktiviti yang menarik perhatian ialah 'Parasailing', 'Banana boat ride' dan 'Flying fish' manakala acara sampingan seperti merambat bagi peserta wanita dan beberapa permainan meneka bermacam barangan seperti meneka banyak gula-gula dan berat ikan.
Turut memeriahkan lagi Cabaran Pancing tahun ini, perlawanan tarik kalat juga diadakan di antara pasukan Jabatan Perikanan dan juga pasukan Capt Fred Fishing and Marine Supply. Pasukan Jabatan Perikanan yang memenangi perlawanan tarik kalat bagi Cabaran Pancing 2009 menerima hadiah daripada tetamu kehormat di majlis penutupnya.


KEPUTUSAN CABARAN PANCING 2009

KATEGORI INDIVIDU (Perseorangan)
 
Juara MOHD JAMALUDDIN BIN ABDULLAH
tempat kedua PG. MOHD RIZAL BIN PG HJ. OSMAN
tempat ketiga MOHD HADI BIN MOHD YUSSOF


saguh hati:

MD. SHAMSUL NIZAM BIN HJ ABD LATIF
MOHD WALIYUDDIN BIN ALIAS
MD SHAH HERMAN BIN TAHIR
MD. SUFIAN BIN HJ JUDIN
AHMAD BIN SELAMAT

kategori ' berkumpulan ' :

Juara Kumpulan Sembaran
tempat kedua Rimba Villa I
tempat ketiga Katok Lambak



FASTEST CATCH CATEGORY:

MOHD. JAMALUDDIN BIN ABDULLAH

Kategori 'Casting Accuracy' :

Juara Adiman bin musa
tempat kedua Kamarul
tempat ketiga Md Danel Lim 


Individual Category
1st Prize $600+Tackle+Trophy
Cash - $600
Tackle - Shimano Ultegra 5500XSB $315
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $1050.00

2nd Prize $300+Tackle+Trophy
Trophy
Cash - $300
Tackle - Shimano Alivio 10000XSA $137
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $572.00

3rd Prize $150+Tackle+Trophy
Trophy
Cash - $150
Tackle - Shimano Socorro 6000F $120
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $405.00

5 Consolation prize $50 (Tackle+Trophy)
Trophy
Cash - $ 50
Tackle - Shimano Hyperloop 6000FB $58
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $243.00


Fastest Catch Category
Prize $100+Tackle+Trophy
Trophy
Cash - $100
Tackle - ShimanoAernos 6000XT $150
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $385.00


Team Category
1st Prize Trophy
Cash - $600
Tackle - Shimano Socorro 6000F $120
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $855.00

2nd Prize $300+Tackle+Trophy
Trophy
Cash - $300
Tackle - Shimano Alivio 6000FA $ 79
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $514.00

3rd Prize $150+Tackle+Trophy
Trophy
Cash - $150
Tackle - Shimano Hyperloop 6000FB $58
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $343.00


Casting Accuracy Category
1st Prize Tackle+Trophy
Trophy
Tackle - Shimano Spinjoy 405CXT $224
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $359.00

2nd PrizeTackle+Trophy
Trophy
Tackle - Shimano Hyperloop Surf 425CXG $137
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $272.00

3rd Prize Tackle+Trophy
Trophy
Tackle - Shimano Alivio Surf 450BX $95
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $230.00

In the Hole JACKPOT !! Philips 32” LCD TV

Read more...

NSZ T-Shirt 2009

Cool Fit NSZ T-Shirt Year 2009
AEWON Made in Brunei
12hb December 2009

Baju T pertama NSZ bagi tahun 2009 dihasilkan sempena Cabaran Pancing 2009. Baju - T NSZ 2009 gabungan warna Grey, Putih, Hitam dan Merah. Dibahagian depan baju T ini terdapat Logo NSZ bagi tahun 2009-2010 iaitu 'Great White Shark' dengan tulisan dibawah logo Nelayan Sepanjang Zaman  manakala dibahagian belakangnya pula tertera tulisan besar NSZ dan tahun sejak penubuhannya. Di bahagian atas belakang baju T ini juga turut disimpan web/blog address iaitu www.ironsilk2007.blogspot.com . Pereka bentuk atau graphic designer bagi menghasilkan baju T kali ini terdiri dari ahli-ahli NSZ.





 

Akhir sekali penulis mewakili ahli dan rakan-rakan NSZ mengucapkan ribuan terima kasih kepada Graphic Designer NSZ, Ratio13. Sekian terima kasih.

Read more...

Memancing Di Perairan Kapal Karam & Ujung Sapuh

Trip Memancing Di Kawasan Perairan
Kapal Karam Muara dan Ujung Sapuh
11.12.2009 @ 04.30 Pagi.

Trip memancing kami yang bermula pada pukul 4.30 pagi dari penurunan perahu Kg. Pengkalan Si Babau menuju ke lokasi pertama kami perairan Ujung Sapuh. Seawal pagi jam 6, Penulis berjaya memperolehi seekor ikan ungah  dengan berumpankan ikan kembura. 'inda tegambar ganya..krikan shimano lupa mengingati kediaku wahh..'.  

Lokasi kedua kami adalah kapal karam perairan Muara., dalam perjalanan dari ujung sapuh ke lokasi kedua, kami sempat menganjun ikan temanong, ikan rumahan, ikan pisang2 dan ikan kura2.. 'ikan kura2 ani nada nie..jgn marah ah..' menganjun di kawasan pancang hijau & pancang merah.



Hasnol & Awg.Rosli
 
 Pertama kali bersama kami., Awg Jaki.
'lama inda turun memancing ani..'
 
 Capt.Krikan Shimano
'jangan tah laju ehy.., pelahan saja mata ku masih rasa2 kan tidor nie..'
'apa diliatnya si jaki atu.., curiga ku ehyy.. hehehe'
 

 

 
Krikan Shimano dengan ikan anduping nya..


Awg. Jaki.. sudah asik menganjun ikan pisang2, ikan temanong
ikan rumahan, ikan alu-alu pun ada jua naik ulihnya.. dan yang paling
special ikan sulit merah lah.. 
 
Awg.Rosli dengan ikan Sulit Merahnya yang dipancing
dengan menggunakan keratan ikan tamban.
 
Lokasi terakhir kami, kembali semula di kawasan perairan Ujung Sapuh Muara, di sini penulis menaikan beberapa ekor ikan kerapu, 'inda basar kerapunya., sadang2 untuk dimakan saja..' ehy.. pun sayang inda jua tegambar..dan yang paling selalu dalam ingatan. Ikan misteri yang berjaya memboloskan diri., 'ehy.. sayang seribu kali sayang.. tebangkang tia mata kail VMC kepunyaan krikan shimano  atu., alum tah rezeki ganyanya.
 

Read more...

Tuesday, December 15, 2009

Satu Malam Yang Hampa

Trip Memancing Di Ujung Sana Tempat Muu... Bunga Melorr...
Di Suatu Tempat Yang Indah..Bunga Melorr...
'Ujung Sapuh' Muara
Negara Brunei Darussalam
05.12.2009 (Malam)

Trip memancing ke perairan Ujung Sapuh, perjalanan kami bermula di penurunan perahu Kg. Pengkalan Si Babau, dengan menaiki boat fiber 23kaki dan engine yamaha 85kuasa kuda. Keadaan air di ketika itu berangin dan menyebabkan air laut menjadi berombak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit. Trip memancing kali ini adalah untuk menjerat ikan ungah yang terdapat di ujung sapuh. Umpan yang dibawa adalah ikan kembura.


Batu Ujung Sapuh (Bt. No 2)
 
'aiii...punya lah bangat naik pasang air ani'


'Bob macam ada benda putih bah atas joran mu atu..
patut tah nada tariknya... hehehe...'

Setelah beberapa jam memancing diatas batu No. 2 Ujung Sapuh,
kami mencuba memancing dari atas perahu berdepanan dengan batu.
Namun tiada ungah yang sudi menyambar umpan yang kami labuh.
'alum tah rezeki gayanya..hehe'

  
 Pandai ia.., arah pulau ia program..
kes sumbang mahram nie... harus dipisah kan dong..!!! 

 
Krikan Shimano & Hasnol

'Adidihh.... barat...jua belangkas bini ani..'
Selepas kami makan angin di Ujung Sana Tempat Mu.... Bunga Melor...
'Ujung Sapuh'..kami berpindah dikawasan Perairan Ungah Garden Serasa.

Dalam perjalanan di Ungah Garden Serasa., kelihatan air dikawasan batu serasa telah naik kedaratan, mengikut jadual air pasang surut, air naik pada malam itu sedalam 2.7 meter. 'paksa lah bisdia mengedarkan kerita bisdia ke jalan raya.'

 






 'adihhhh....!! peralatan... si gadis..tuutttttttt...!! 
tesangkut arah kipas engine ani..'

 
Pukul berapa sudah ni..????
'Tahan masih mata ehy.... no worries nya orang putih..'

 
'Nampaknya Capt.Kerikan Shimano sudah mula di awang-awangan 
(tapi tangan tetap memigang krikan tue..), hasnol  pun ada rasa kulit mata atas kan tekatup kebawah jua nie..,sementara mamat n bob.., alahh.., kami tahan nie mun bejaga... No Problem..!! maaf saja..'

'Fuuhhhhhhhhhhhhhh... selang beberapa minit..., Macam kana bagi obat guna-guna balang orang.. chehh..!! Menyampahh..!! i.............'

 
  'Toinggg...............!! mun udah kalat mata.. jawapannya tidor..'
 tidor-tidor ayam nya orang..
Tidor-Tidor Ayam ani membawa maksud.. orang yang sedang tidor bersama ayam.
hehehehehe... jgn marah ehy...


Hehehehehehehehehehehehehehehehe.....senyum 24jam...
aiiiisehhmen... masih mampu tersenyum???
Apa Mimpi??  Mimpiikan Ungah?? Mimpi Cakoi?? Mimpi trailer perahu..??
'Tekrim tu yang banar...gigi ku atu.., tekana angin subuh..hehehe'

MAKAN ANGIN DI UJUNG SAPUH
DAN BERSIAR-SIAR DI KAWASAN PERAIRAN PERANGINAN
PANTAI SERASA.

Read more...

Monday, December 14, 2009

Rezeki Berulang Ikan Pelapahan Kapal Karam

Pelapahan Di Kawasan Perairan Kapal Karam Muara
Negara Brunei Darussalam
04.12.2009

Rezeki kedua kali nya selang beberapa hari beroleh ikan pelapahan. Dua ekor ikan putih pelapahan berjaya dipancing di tempat yang sama.


 Hasnol
'sadang jua basarnya lah.., ganya inda bertimbang..
inda lagi ingat kan menimbang..lalah sudah...'

 
Krikan Shimano
'Hari ani inda menghampakan, walaupun inda banyak lurih,
tapi syukur lah ada jua 2 ekor lagi Ikan Putih Pelapahan dibawa balik.'

Gambar Di Sumbangkan Oleh: Krikan Shimano
 <<<>>> <> <<<>>> <> <<<>>>

Read more...

Pelapahan Kapal Karam

Trip Memancing Di Kawasan  Kapal Karam
Perairan Muara
Negara Brunei Darussalam
 
 
Krikan Shimano dengan seekor ikan
putih pelapahan dari hasil pancingan beliau.
'barat indanya inda betimbang Yooo...'


 Nafi
'ambil sukut baik saja ku ni...buat kenangan... hehehe',
mana tahu nanti geliran ku pulang naik ikan putih pelapahan ani..'



Hasnol & Nafi
'Dua ekor ikan Putih Pelapahan ani biasalah.. si Capt.Krikan Shimano yang lurih,
kami ani menolong meliat saja time ia menariki lauk ani naik keperahu., sudah naik keperahu
kami berdua lah yang wajib begambar.. okey.. peace...!!'



Selain 2 ekor Ikan Putih Pelapahan, beberapa ekor Ikan Ketambak
juga diperolehi pada hari itu.


'Syukur alhamdullilah.., ada juakan dibawa balik.'

Gambar Di Sumbangkan Oleh: Krikan Shimano
<> <<>> <> <<>> <> <<>> <>

Read more...

Tuesday, December 8, 2009

Ungah Di Ungah Garden Serasa

Perairan Peranginan Pantai Serasa
UG 'Ungah Garden' Muara
Negara Brunei Darussalam
 

'I Love Fishing Crew' mencuba nasib di Ungah Garden
Perairan Pantai Serasa.
'Ada jua rezeki., banar tah ungah garden disini ani..'
 
'jadi tah ada jua kan dibawa balik' 
 
Ikan Ungah yang beratnya hampir 2 kilo
berjaya diperolehi dengan berumpankan ikan kembura.

Read more...

Menyagang Di Perairan Danau

Memancing Di Kawasan Perairan Danau
Daerah Tutong Negara Brunei Darussalam


'Umpan bubuk dimakan ikan..., joran melentur 
dan teknik bagi menjinakan ikan pun bermula..'

Seekor ikan Andapong berhasil dinaikan
dengan menggunakan siut ikan.
 



 
Selain ikan Andapong, seekor ikan gumbir juga
berjaya di perolehi pada hari itu.

Terima Kasih Di Ucapkan Pada Pengirim
<<>> <<>> <<>> <<>> <<>>

Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP